Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, TVS tampil dengan sebuah filem pendek bertajuk Ro Bin Hud.

Ro Bin Hud naskhah istimewa TVS sempena Aidilfitri

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 April: Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, stesen televisyen milik Kerajaan Sarawak, TVS tampil dengan sebuah filem pendek bertajuk Ro Bin Hud yang sarat dengan pelbagai mesej pengajaran.

Menurut pengarah dan penerbitnya, Ain Suhada, filem pendek berdurasi 22 minit itu yang dibintangi Atu Zero yang memegang watak utama akan menemui penonton pada 1 Syawal.

Katanya, Ro Bin Hud cetusan idea Pengurus Program, Produksi Syarikat dan Hiburan Digital, Sarawak Media Group (SMG), Maszleen Ramli itu turut mengetengahkan barisan pelakon tempatan Sarawak, antaranya Kahar Jini dan Siti Solero.

“Apa yang membuatkan filem ini lain dari lain adalah dari segi jalan ceritanya yang penuh dengan pengajaran dan pesanan terutama sekali kepada golongan muda.

“Kita hasilkan filem pendek ini dengan genre komedi kerana kita tidak mahu penonton bosan, dengan kita turut selitkan elemen pengajaran yang boleh dijadikan iktibar,” katanya ketika ditemu bual TVS di lokasi penggambaran filem itu di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon, Atu Zero yang memegang watak RO menyifatkan filem pendek itu wajib ditonton pada 1 Syawal nanti susulan ia menjanjikan jalan cerita yang menghiburkan dari awal sehingga tamat tayangan.

“Filem pendek ini mempunyai kelainan dari segi penceritaan dengan ia merupakan hasil kerja tangan anak Sarawak sepenuhnya.

“Orang Sarawak wajib tonton, lihat sendiri karya anak Sarawak yang boleh saya sifatkan bertaraf tinggi,” katanya.

Filem pendek terbitan TVS itu akan disiarkan pada 10 April depan pada jam 12:30 tengah hari dengan siaran ulangan masing-masing pada jam 5:30 petang dan 8:35 malam di saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro. – TVS

Juga boleh di tonton di Youtube:

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan