Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 30 banduan yang dibebaskan secara berlesen dari Penjara Puncak Borneo Kuching, hari ini. Foto TVS

30 banduan dibebaskan secara berlesen dari Penjara Puncak Borneo Kuching

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 4 April: Seramai 30 banduan dibebaskan secara berlesen dari Penjara Puncak Borneo Kuching (PPBK) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Timbalan Komisioner Penjara Teyun Thian Eim berkata program tersebut dilanjutkan susulan keberkesanannya.

Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Timbalan Komisioner Penjara Teyun Thian Eim ditemui selepas melancarkan pelepasan OBB di PPBK, Kuching hari ini. Foto TVS

“Ada sesetengah Orang Bebas Berlesen (OBB) diterima keluarga, ada juga yang diterima majikan dan ada yang diletakkan di rumah perantaraan yang dikendalikan oleh pihak penjara.

“Jadi yang bersama keluarga, akan duduk dengan keluarga dan akan bekerja. Yang dengan majikan, kita akan dapatkan kerja dengan majikan supaya dapat menampung perbelanjaan harian mereka dan begitu juga yang di rumah perantaraan, kita akan carikan mereka pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelepasan OBB di PPBK di sini hari ini.

Jika dibandingkan dengan banduan yang dibebaskan tanpa pengawasan, adalah lebih sukar untuk mereka mendapatkan pekerjaan berbanding dengan OBB.

Ujarnya, OBB dilepaskan dengan pengawasan dan pemantauan oleh Pegawai Parol bagi memudahkan mereka bergaul semula dengan masyarakat.

“Kita sebagai masyarakat sepatutnya sudah lama kita terima (banduan). Hukuman bukanlah penghujung, pengakhiran ataupun penyelesaian masalah. Apa yang kita lihat ialah pemulihan dan jati diri banduan itu sendiri apabila dia keluar nanti, untuk mengelakkan pengulangan jenayah.

“Kalau kita bandingkan dengan prospek yang bebas tanpa pengawasan, pengulangan kadar jenayahnya lebih tinggi daripada yang bebas melalui pengawasan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod sebanyak 1,714 lesen telah dikeluarkan di seluruh Sarawak sejak program PBSL dilaksanakan pada 2020.

Untuk tahun ini, seramai 85 OBB dilepaskan secara berlesen di seluruh Sarawak termasuk 27 OBB lelaki dan tiga OBB wanita di PPBK. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan