Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang. Foto fail TVS

Hukuman setimpal buat individu cetuskan api perkauman

ByRegina Lee

KUCHING, 2 April: Negara terus menerus dilanda dengan pelbagai insiden berhubung sensitiviti agama dan perkauman termasuk baru-baru ini di KK Mart, Kuching yang disebabkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengutuk sekeras-kerasnya kesemua insiden polemik perkauman dan agama yang menggugat keharmonian rakyat.

Kedua-dua Menteri memberikan amaran tegas kepada kesemua individu agar tidak sama sekali mencetuskan polemik perkauman yang lampau sehingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia.

“Pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Pihak yang terlibat perlu dihukum dengan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua pihak. Sehubungan itu, Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang
diurusetiakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi ini,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, JK HARMONI turut mengambil langkah-langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat dan negara.

Dalam pada itu, mereka juga mengulangi pendirian menggesa agar tidak ada pihak yang mencetuskan perkara menyentuh sensitiviti agama dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

“Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang merupakan tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi serta mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman perbalahan, provokasi serta permusuhan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan