Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurang kadar dividen antara simpanan konvensional dan simpanan syariah KWSP bagi 2023 berkurang berbanding sebelumnya. Foto Bernama

Jurang kadar dividen simpanan konvensional, syariah KWSP 2023 berkurang

ByBernama

TAPAH, 3 Mac: Jurang kadar dividen antara simpanan konvensional dan simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2023 telah berkurang berbanding sebelumnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Amir Hamzah berkata sebelum ini perbezaan kadar dividen simpanan konvensional dan simpanan syariah adalah lebih kurang perpuluhan enam (0.6) peratus tetapi tahun ini hanyalah perpuluhan satu (0.1) peratus.

“Kalau tengok dari segi pulangan 5.5 peratus untuk skim konvensional, ia masih antara tertinggi (dividen) di Malaysia pada masa sekarang dan syariah pun 5.4 peratus. Satu pulangan yang amat baik sekali,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, KWSP dalam kenyataan mengumumkan kadar dividen 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion, manakala dividen 5.40 peratus untuk simpanan syariah dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion membawa kepada keseluruhan jumlah agihan pendapatan bagi 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

Pembayaran dividen itu menandakan peningkatan yang ketara dari 2022, yang mana kadar dividen berada pada 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan Syariah.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata memandangkan Malaysia semakin menjadi negara menua, beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya membuat simpanan yang mencukupi untuk hari persaraan mereka.

“Kita kena menyimpan secukupnya untuk masa kita nak bersara. (Sebagai contoh) KWSP lebih lama dia (ahli) simpan lebih banyak the compounding effect (impak ketara) akan ada, lebih cukup simpanan untuk semua ahli,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan