Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempatkan pegawainya bagi menawarkan khidmat kaunseling kepada mangsa bencana di setiap pusat pemindahan sementara. Foto TVS

Banjir: Jabatan Kebajikan Masyarakat sedia khidmat kaunseling di PPS

KUCHING, 3 Mac: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan pegawainya bagi menawarkan khidmat kaunseling kepada mangsa bencana di setiap pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain bantuan makanan dan tempat pelindungan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu penting dalam memastikan keadaan emosi mangsa sentiasa stabil dan bertenang sekali gus mengelak masalah tertekan.

Datuk Seri Nancy Shukri ketika menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil masjid dan surau di kawasan Parlimen Santubong di Kuching, malam tadi. Foto TVS

“Pada masa seperti ini memang banyak cabaran dan juga menjadi tekanan masing-masing, teringat rumah nak dicuci lagi, jadi memang tertekan. Sebab itu kaunselor kita ada untuk menangani mereka yang memerlukan nasihat kaunselor.

“Malah kita ada menyediakan kaunselor dan mereka akan membantu kanak-kanak untuk mengadakan aktiviti-aktiviti supaya mereka terhibur dan menggunakan masa itu dengan boleh memanfaatkan masa yang ada sepanjang berada di PPS tersebut.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Ambang Ramadan dan Sumbangan Ramadan Kawasan Parlimen Santubong di Masjid Darul Hijrah, Bandar Baru Samariang Kuching di sini, malam tadi.

Menurutnya lagi, mangsa yang terlibat dalam apa juga bencana alam termasuk banjir boleh menghubungi Talian Kasih 15999 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang beroperasi 24 jam bagi mendapatkan bantuan segera.

Kakitangan JKM sentiasa bersiap siaga untuk diatur gerak selepas mendapat maklumat menerusi talian itu selain koordinasi bersama agensi berkaitan.

“Kita tidak mahu ia menjadi beban kepada masyarakat, sebab itu kita sentiasa memantau apa yang berlaku.

“Penyelarasan turut dilakukan secara bersama dengan kementerian berkaitan, memaklumkan kepada kita keadaan banjir di sesuatu kawasan, namun kami melihat secara holistik di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu Nancy menyerahkan sumbangan Ramadan kepada lapan surau dan masjid bagi kawasan Parlimen Santubong berjumlah RM44,000.

Sebanyak 46 masjid dan surau telah mengemukakan permohonan geran tersebut dan setakat ini sumbangan berjumlah RM169,000 telah disalurkan kepada 20 masjid dan surau bagi fasa pertama.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan