Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang dalam sidang media Karnival Mini Usahawan Desa 2024, pada Jumaat. Foto TVS

Tiada arahan Majlis Konvokesyen Tabika, Taska Kemas di hotel – Rubiah

BySheera Abg Mansor

KOTA SAMARAHAN, 2 Feb: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengadakan majlis konvokesyen di hotel, kata Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang.

Menurut Rubiah, Kemas bagaimanapun turut menggariskan panduan agar majlis berkenaan diadakan dalam nada sederhana dan membebankan ibu bapa serta dilokasi berhampiran mereka.

“Tiada arahan tapi pihak pengurusan tabika kita mempunyai niat yang baik sebab mereka hanya mahu beri pengiktirafan kepada pelajar-pelajar dengan mengadakan konvokesyen ditempat yang menarik.

“Namun begitu kita ambil maklum perkara ini, ini satu perkara yang kita perlu ambil perhatian dan kita dengar,” katanya.

Rubiah berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung trend tabika dan taska mengadakan majlis konvokesyen di hotel yang memperuntukkan ibu bapa mengeluarkan perbelanjaan yang besar seperti tular dalam media sosial baru-baru ini pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Mini Usahawan Desa di sini pada Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan