Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Foto Bernama

Razarudin minta Ketua Polis Daerah pantau pegawai, anggota polis ‘hidup mewah’

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Semua Ketua Polis Daerah (KPD) diminta memantau setiap aktiviti pegawai dan anggota polis di peringkat bawah serta pentadbiran masing-masing, jika ada antara mereka yang hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata KPD akan dipertanggungjawabkan sekiranya pihak Ibu pejabat polis Bukit Aman mengesan ada pegawai atau anggota di bawah mereka yang hidup mewah, tidak setara dengan pendapatan.

“Pihak KPD yang tidak tahu, atau buat-buat tak tahu ada pegawai atau anggota polis hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, maka mereka diminta keluar (meninggalkan perkhidmatan polis).

“Mereka ini tidak layak menjadi KPD, tidak ada standard menjadi commanding post jika mereka terlibat dan bersekongkol dengan pegawai atau anggota polis yang hidup mewah (terima rasuah dan lain-lain),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan Amanat Ketua Polis Negara sempena perjumpaan khas bersama kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Daerah Semenanjung Malaysia di Maktab PDRM Cheras, di sini, malam tadi.

Razarudin mengaku bahawa penyelia memainkan peranan penting dalam memantau setiap aktiviti pegawai dan anggota bawahan bagi mengelak salah laku.

“Janganlah KPD duduk di kerusi empuk dan menunggu Ketua Bahagian Jenayah hantar duit dan lain-lain, saya minta mereka yang terlibat berambus,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan