Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat penerbangan di Malaysia diminta menambah atau membuka laluan penerbangan baharu secara terus dari bandar-bandar China ke Malaysia dalam usaha menarik kehadiran lebih ramai pelancong dari negara itu. Foto hiasan

Penambahan laluan penerbangan terus dari bandar China bantu raih lebih ramai pelancong

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 2 Feb: Syarikat penerbangan di Malaysia diminta menambah atau membuka laluan penerbangan baharu secara terus dari bandar-bandar China ke Malaysia dalam usaha menarik kehadiran lebih ramai pelancong dari negara itu.

Pengerusi Konsortium Pakatan Pelancongan Dalam Negeri, Uzaidi Udanis berkata, sekiranya pendekatan itu diambil, ia mampu menjadikan Malaysia destinasi utama di rantau ini oleh pelancong dari China untuk mereka berkunjung susulan kemudahan penerbangan secara terus, selain pengecualian visa yang telah diberikan sebelum ini.

“Setiap bandar di China itu jumlah penduduknya amat ramai, jadi kalau boleh kita nak laluan penerbangan baharu secara terus dengan mereka ini (pelancong) tidak perlu transit ke Beijing atau Guangzhou untuk ke Malaysia.

“Kerajaan juga boleh memberikan intensif kepada penerbangan khas dengan menggalakkan mereka membuka laluan penerbangan ke bandar-bandar kecil di China,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Mengulas lanjut, Uzaidi menyifatkan sasaran untuk meraih lima ke tujuh juta pelancong dari China oleh Tourism Malaysia adalah realistik dan mampu dicapai, namun sektor pelancongan di negara ini perlu memperkenalkan produk pelancongan baharu bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing.

“Kita kena adakan promosi dan pengenalan kepada produk-produk baharu. Selain itu, kita tidak boleh dilihat seperti terdesak mahukan mereka dengan menjual produk dan pakej pelancongan yang murah dari harga pasaran.

“Kita tidak mahu ‘zero fair package’ kerana ia akan mengakibatkan nama negara kita tercemar,” tegasnya.

Pada Khamis, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, pihaknya kini giat menyusun strategi untuk mencapai sasaran itu termasuk meningkatkan kekerapan penerbangan dari China dan menggalakkan syarikat penerbangan baharu di negara itu untuk mempertimbang mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan