Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDN akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak sebelum pelaksanaan sebarang penyasaran semula subsidi diesel di negeri berkenaan. Foto hiasan Envato.

Penyasaran semula subsidi diesel: KPDN bincang dengan Sabah, Sarawak

ByBernama

PAPAR, 2 Feb: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak sebelum pelaksanaan sebarang penyasaran semula subsidi diesel di negeri berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata perbincangan itu perlu sebagai persiapan untuk menentukan golongan masyarakat yang boleh mendapatkan subsidi berkenaan sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan penyasaran semula subsidi diesel itu turut diperluas ke Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Papar itu berkata penyasaran semula subsidi diesel tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak setakat ini kerana penggunaan yang tinggi terhadap bahan bakar itu di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri dan agensi penguatkuasaan perlu bersedia untuk melihat komponen atau segmen masyarakat yang boleh dicadangkan untuk dipertimbangkan penyasaran semua subsidi diesel sekiranya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak kelak.

“Kita bersedia lebih awal sekiranya kerajaan memutuskan diperluas ke Sabah dan Sarawak, sekurangnya-kurangnya kita boleh mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan mana-mana segmen masyarakat dengan penggunaan (diesel) tinggi, kita syorkan (subsidi) dengan mekanisme tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini bersempena dengan pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang berkuat kuasa 6 hingga 14 Feb ini.

Semalam, Armizan berkata projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan), akan diadakan selama dua bulan bermula semalam bagi menyediakan mekanisme penyasaran semula subsidi diesel, dijangka dilaksana pada suku kedua tahun ini di Semenanjung.

Sehubungan itu, Armizan berkata kementeriannya juga memerlukan kerjasama daripada semua agensi penguatkuasaan termasuk kerajaan negeri untuk bersama-sama memperkemas mekanisme kawalan dan penguatkuasaan supaya aktiviti haram penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak dapat dikekang.

“Tidak ada gunanya kita teruskan subsidi yang tinggi tetapi akhirnya subsidi itu mengalir keluar dan bukannya dinikmati oleh rakyat, golongan sasar tetapi diseludup di sempadan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan