Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyelamat bekerja di sebelah bangunan pentadbiran yang musnah akibat serangan dron di wilayah Kyiv. Foto AFP

ICJ dijangka buat keputusan mengenai bidang kuasa untuk kes Ukraine terhadap Rusia

ByBernama

AMSTERDAM, 2 Feb: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague dijangka membuat keputusan awal mengenai bidang kuasa untuk prosiding kes yang difailkan oleh Ukraine terhadap Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ukraine menyaman Rusia susulan tindakan negara ini melancarkan operasi ketenteraan pada tahun 2022.

Kyiv menuduh Moscow menyalahgunakan Konvensyen Genosid.

Rusia pada awalnya dikatakan mewajarkan pencerobohan itu dan menyifatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rusia di Ukraine perlu dicegah.

Ukraine pula menganggap tuduhan itu sebagai palsu dan melanggar konvensyen.

Rusia dengan tegas menolak tuduhan itu dan meminta agar kes berkenaan ditolak.

Tindakan Ukraine mengemukakan kes itu menerima sokongan oleh 32 sekutu Barat.

Bagaimanapun pada Rabu, mahkamah yang sama telah menolak satu lagi kes yang dikemukakan oleh Ukraine terhadap Rusia pada 2017 dan membebaskan Rusia daripada tuduhan membiayai keganasan di timur Ukraine.

Keputusan ICJ adalah mengikat tetapi mahkamah tidak mempunyai kaedah untuk menguatkuasakannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan