Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto: Bernama

HAWA mampu jadi wadah kepada masyarakat depani cabaran – Ahmad Zahid

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) mampu menjadi wadah kepada masyarakat khususnya para wanita dan keluarga dalam mendepani cabaran serta isu yang menjadi kepentingan mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata HAWA berjaya memainkan peranan penting dalam menambah baik hal ehwal wanita serta bersama-sama membina negara.

“Sekalung tahniah kepada Pengerusi HAWA Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan barisan kepimpinan HAWA,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Semalam Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO merasmikan pejabat HAWA di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

HAWA ditubuhkan pada 22 Mac tahun lepas selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang pertama pasca-Pemilihan UMNO 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan