Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana kejohanan sebelum Majlis Kejohanan Tenis Antara Pasukan dan Pesta Sambutan Krismas BBQ di Kuching malam tadi. Foto TVS

Promosi sukan tenis kepada masyarakat luar bandar – Henry

KUCHING, 16 Dis: Sukan tenis perlu dipromosikan kepada masyarakat di luar bandar bagi memupuk minat mereka terhadap sukan tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep, beliau akan menggunakan peluang sebagai wakil rakyat untuk memperkenalkan sukan tenis kepada rakyat luar bandar seperti masyarakat di Bau.

“Saya di sini dengan kerajaan, itu peluang jalan yang saya ada, saya perlu kembali kepada masyarakat memberikannya kepada masyarakat.

“Bagi anda dari Kuching, mungkin ia satu perkara yang besar jadi saya mahu anda mewujudkan persekitaran mempromosikan tenis ke kawasan luar bandar seperti Bau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Kejohanan Tenis Antara Pasukan dan Pesta Sambutan Krismas BBQ di sini, malam tadi.

Tambahnya, beliau mahu membangunkan sukan tenis dengan melibatkan semua lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dari muda hingga ke tua.

“Jadi anda bayangkan 16 hingga 78 umur yang sangat luas dan di antara kita mempunyai semua pemain maka kita tidak mahu terlepas peluang ini dan kita mesti melengkapkannya,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan