Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang berusia 41 tahun ditahan di Vientiane, Laos pada 28 Dis lepas atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Foto hiasan Envato

PDRM bekerjasama dengan ONCB dan polis Laos siasat kes ‘raja dadah Malaysia’

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama dengan Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Thailand dan polis Laos berhubung kes penahanan seorang lelaki yang didakwa sebagai ‘raja dadah Malaysia’ di Laos baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata siasatan lanjut dilakukan bagi membolehkan segala tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah terutama di Malaysia dapat dibenteras tanpa sebarang kompromi.

“Suspek yang berusia 41 tahun, ditahan di Vientiane, Laos pada 28 Dis lepas atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imigresen Laos dan ONCB Thailand telah mencadangkan agar dia diusir ke Thailand kerana berada dalam senarai hitam di bawah kesalahan dadah di negara itu.

“Siasatan awal mendapati lelaki yang berasal Parit Buntar, Perak itu dipercayai turut mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket di negara ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengesahkan telah menerima pemakluman tentang penahanan itu daripada pihak berkuasa kedua-dua negara.

Polis Thailand dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek telah ditahan dalam operasi bersama Thailand-Laos minggu lepas.

Suspek bersama anggota penting sindiket dilaporkan bersembunyi di negara itu dan dipercayai merupakan dalang utama dalam membekal serta menyelaras aktiviti dadah di kawasan Segi Tiga Emas sejak 2006. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan