Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Saurar Kumar Jha dilaporkan hilang di kawasan pelabuhan Ulu Lanang masih giat dicari pasukan SAR. Foto: IPD Sibu

Polis Sibu giat jejaki seorang kru kapal hilang

SIBU, 27 Dis: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru kapal warga negara India yang dilaporkan hilang dari pelabuhan kapal di sini, sedang giat dijalankan sejak semalam.

Saurav Kumar Jha, 22, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan pelabuhan Ulu Lanang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada majikan mangsa berhubung kehilangan Saurav sekitar 8.26 pagi pada 26 Disember lalu.

“Seorang lelaki yang merupakan majikan mangsa (Orang Hilang) berusia 37 tahun memberitahu bahawa mangsa hilang di sebuah pelabuhan kapal di Jalan Ulu Lanang serta gagal dihubungi.

“Deskripsi OH, berusia 22 tahun, dikenali sebagai Saurav Kumar Jha berketinggian 5 kaki 6 inci, berat 65kg, bertubuh kurus dan berkulit hitam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya sedang giat mejalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Selasa.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) Saurav sedang giat dijalankan sejak Selasa yang turut melibatkan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pihak polis juga dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) untuk membuat pemantauan di kawasan sungai sehingga OH dijumpai,” ujar beliau.

Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang ramai juga boleh berhubung terus Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Dominic Micheal di talian 019-8756663. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan