Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majistret Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani hadir bersama jurubahasa mahkamah ke Hospital Pulau Pinang di sini bagi pertuduhan terhadap tertuduh kes bunuh hari ini. Foto TVS

Pekerja kilang didakwa bunuh ibu saudara di wad hospital

GEORGE TOWN, 22 Dis: Seorang pekerja kilang didakwa hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya dengan menetak menggunakan parang pada Selasa lalu di dalam wad hospital di sini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas Ong Kok Bu, 29, dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Terdahulu, Majistret dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin hadir ke HPP kira-kira pukul 12.40 tengah hari bagi menjalankan pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Kok Bu, didakwa membunuh Lee Yen Suan, 42, di hadapan kedai Amlife Free Treatment, Jalan Taman Sin Tat di Butterworth kira-kira pukul 10.55 pagi, 19 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh diukum mati.

Wanita maut ditetak dengan parang

Tertuduh juga tidak diwakili peguam selain kes akan disebut semula 25 Mac depan bagi laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Media pada Selasa lalu melaporkan seorang wanita maut selepas ditetak dengan sebilah parang oleh seorang lelaki di Butterworth.

Mangsa berusia 42 tahun itu ditemukan berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan pada belakang leher dan bahu kanan.

Suspek berusia 29 tahun yang juga anak saudara mangsa kemudiannya bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang ke dalam laut dipercayai untuk membunuh diri, namun diselamatkan nelayan.

Motif kejadian dikatakan akibat dendam dan marah suspek terhadap mangsa berkaitan perasaan cinta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan