Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 165,000 silinder gas kuning di seluruh Sarawak telah ditukar kepada silinder LPG Bersubsidi PETROS dalam tempoh tiga minggu sejak 1 Disember lalu. Foto BN (TVS).

165,000 silinder gas kuning ditukar ke LPG bersubsidi PETROS – Julaihi

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 22 Dis: Sebanyak 165,000 silinder gas kuning di seluruh Sarawak telah ditukar kepada silinder LPG Bersubsidi PETROS dalam tempoh tiga minggu sejak 1 Disember lalu, kata Dato Sri Julaihi Narawi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak itu mendedahkan angka berkenaan mewakili lebih 50 peratus daripada pertukaran yang dijangkakan, melepasi sasaran tempoh tiga bulan untuk pertukaran berkenaan.

PETROSNiaga labur lebih RM50 juta kukuhkan bekalan rangkaian | TVS

“Sejak 1 Disember 2023, pertukaran untuk silinder merah atau hijau PETROS telah berjalan lancar di seluruh Sarawak.

“Pengguna digesa tidak panik kerana tiada had masa untuk pertukaran silinder dan pelanggan dinasihatkan untuk menukar apabila silinder kosong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Julaihi sekali lagi memberi jaminan bahawa tiada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan untuk bertukar daripada silinder gas kuning kepada silinder LPG Bersubsidi PETROS.

Dalam pada itu, Julaihi mengesahkan tiada penyerapan kos oleh Kerajaan Sarawak untuk silinder gas LPG bersubsidi.

“PETROSNiaga, entiti perniagaan berlesen untuk gas LPG bersubsidi telah melabur lebih RM50 juta untuk mengukuhkan rangkaian bekalannya, menaik taraf kapasiti storan, menyuntik silinder gantian dan meningkatkan pengurusan logistik untuk memastikan kos sifar untuk pertukaran silinder oleh pelanggan seluruh Sarawak,” ujarnya

Julaihi menambah, PETROSNiaga dan pengedarnya akan menyelesaikan sebarang isu berbangkit semasa tempoh peralihan ini.

Pada 21 November lalu, semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Julaihi mengumumkan bahawa PetrosNiaga Sdn Bhd anak syarikat milik penuh PETROS akan menjadi pengedar tunggal LPG di negeri ini mulai 1 Disember 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan