Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster Pelancaran Operasi (Op) Selamat Krismas 2023 akan diadakan di Pasaraya Farley Sibu pada Jumaat ini. Foto: IPD Sibu.

Polis Sibu tawar diskaun saman 30 peratus sempena Op Selamat Krismas

SIBU, 20 Dis: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak akan menawarkan diskaun saman sebanyak 30 peratus kepada orang ramai bermula 22 hingga 23 Disember ini.

Mereka yang memiliki saman tertunggak berpeluang untuk menikmati kadar diskaun itu pada tarikh tersebut sempena Majlis Pelancaran Operasi (Op) Selamat Krismas 2023.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pelancaran itu akan diadakan di Pasaraya Farley Sibu bermula 9 pagi Jumaat ini.

“Pembukaaan kaunter saman PDRM 30 peratus ini akan dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak.

“Kita akan membuka dua kaunter iaitu di Pasaraya Farley bermula 9 pagi sehingga 3 petang pada 22 Disember dan satu lagi kaunter di Balai Polis Sungai Merah pada 9 pagi sehingga 3 petang pada 23 Disember ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, katanya diskaun bagi bayaran 30 peratus berkenaan adalah mengikut terma dan hanya untuk kesalahan trafik di Sibu sahaja.

“Semua jenis saman layak mendapatkan diskaun 30 peratus kecuali saman kemalangan, saman bicara mahkamah, saman tidak boleh kompaun (non compoundable), kesalahan berkaitan kenderaan berat, memotong secara berbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak patut lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, pengubahsuaian ekzos kenderaan dan kesalahan semasa Op Selamat” jelasnya.

Zulkipli berkata, orang ramai yang ingin membuat pembayaran juga digalakkan untuk membuat semakan awal terlebih dahulu tentang butiran saman yang boleh mendapatkan diskaun.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ibrahim Darus dijangka akan menyempurnakan majlis pelancaran Op Selamat 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan