Search
Close this search box.
Indonesia kini sedang membangunkan pusat pentadbiran baharunya, Nusantara di Kalimantan. Foto, TVS.

Presiden Jokowi lancar pembinaan hospital di Nusantara

ByBernama

NUSANTARA, Indonesia, 20 Dis: Presiden Joko Widodo (Jokowi) pada Rabu, merasmikan pembinaan Central General Hospital di tapak pembangunan Nusantara di Penajam Paser Utara, Provinsi Kalimantan Timur.

“Dalam tempoh tiga bulan ini, kita telah pun memulakan pembinaan tiga hospital swasta,” katanya pada majlis pecah tanah hospital itu.
Jokowi berkata Hospital Hermina, Hospital Abdi Waluyo dan Hospital Mayapada sedang dalam pembinaan, lapor Agensi Berita Antara.

Terdahulu, Presiden Jokowi menyertai majlis pecah tanah Hospital Mayapada Nusantara pada 31 Okt, Hospital Abdi Waluyo pada 22 Sept dan Hospital Hermina pada 1 Nov.

Beliau menetapkan pertengahan 2024 sebagai tempoh sasaran untuk menyiapkan hospital berkenaan.

Proses pembangunan empat hospital di IKN Nusantara dijangka siap sebelum ulang tahun ke-79 Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos tahun depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan