Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan memberikan tumpuan untuk memperbaiki kelemahan yang menghalang mereka daripada beraksi secara konsisten menjelang tugasan penting dan mencabar tahun depan. Foto AFP.

Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024

ByBernama

PETALING JAYA, 20 Dis: Beregu badminton lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan memberikan tumpuan untuk memperbaiki kelemahan yang menghalang mereka daripada beraksi secara konsisten menjelang tugasan penting dan mencabar tahun depan.

Aaron berkata antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang selain perlu berusaha meningkatkan tahap kecergasan fizikal bagi menempuh fasa persediaan mencabar yang melibatkan sesi latihan dan siri kejohanan antarabangsa.

“Tahun depan akan jadi tahun yang mencabar untuk kami dengan banyak sasaran…jadi perlu bersedia dengan cukup baik,” kata pemain berusia 26 tahun itu ketika ditemui pada majlis 2023 Haier Media Engagement di sini, hari ini.

Wooi Yik pula berpendapat gandingan mereka berdua menunjukkan peningkatan prestasi tahun ini, namun masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki bagi menyaingi kehebatan barisan pencabar dalam memburu kilauan pingat emas di Paris.

“Kita nampak apa kelemahan kita dan apa yang membezakan kita berbanding lawan, jadi perkara itu yang harus kita perbaiki dan bersedia untuk tahun depan yang sangat penting,” kata pemain berusia 25 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan keempat dunia akan membuka musim baharu dengan menyertai kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 9 sehingga 14 Jan depan.

Tanpa mendedahkan sasaran di Terbuka Malaysia, Aaron berkata mereka yang dijaduäl bertemu pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard di pusingan pertama akan memberikan aksi terbaik memandangkan ia adalah kejohanan pertama di laman sendiri selepas enam bulan.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik di Terbuka Malaysia adalah mara ke peringkat separuh akhir pada edisi 2022 sebelum terkandas di pusingan kedua tahun ini.

Terdahulu, pada majlis hari ini Aaron-Wooi Yik menandatangani kontrak lanjutan sebagai duta sebuah syarikat pembekal peralatan elektrik global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan