Search
Close this search box.
Bekalan vaksin penggalak bagi COVID-19 adalah mencukupi terutamanya golongan risiko atau komorbiditi, jelas KKM. Foto hiasan, Envato.

Bekalan vaksin penggalak COVID-19 mencukupi – KKM

ByNazirah Adlina

KUCHING, 18 Dis: Bekalan vaksin penggalak bagi COVID-19 adalah mencukupi terutamanya golongan risiko atau komorbiditi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Muhammad Radzi berkata, stok vaksin sedia ada juga masih efektif untuk menangani penyakit itu termasuk varian baharu yang menular.

JPBN Sarawak tunggu keputusan KKM berhubung isu COVID-19 – Uggah

“Berkenaan soalan mengenai stok (vaksin penggalak) Pfizer dan sebagainya itu, kita masih lagi dalam proses perolehan kerana benda ini (vaksin) baharu terutama versi terkini vaksin Monovalent yang masih baharu, proses itu mengambil masa lama.

“Untuk mendapatkan bekalannya juga agak susah buat masa ini,” katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan status COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

JPBN Sarawak tunggu keputusan KKM berhubung isu COVID-19 – Uggah

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Muhammad Radzi turut memaklumkan, orang ramai yang ingin mengambil dos penggalak boleh berbuat demikian di fasiliti KKM secara walk-in atau membuat janji temu.

JPBN Sarawak tunggu keputusan KKM berhubung isu COVID-19 – Uggah

Dalam pada itu beliau memberitahu, jangkitan COVID-19 dijangka meningkat dan berakhir dalam anggaran tempoh empat hingga enam minggu.

“Namun demikian, kita (KKM) akan terus memantau supaya situasi terkawal. Kita berharap dengan langkah-langkah yang diambil akan dapat mengawal dan seterusnya berlaku pengurangan kes,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, KKM memaklumkan sebanyak 20,696 kes baharu COVID-19 direkodkan bagi tempoh 10 hingga 16 Disember lepas iaitu peningkatan sebanyak 62. 2 peratus.

Daripada jumlah itu, sebanyak 151 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes kematian pula sebanyak 28 kes dengan yang tertinggi membabitkan kes yang berumur 60 tahun ke atas,” jelas KKM. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan