Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Sarawak 2023 di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA), di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Sarawak 2023 di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA), di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

JPBN Sarawak tunggu keputusan KKM berhubung isu COVID-19 – Uggah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 8 Dis:  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak masih menunggu keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung sebarang tindakan susulan bagi keadaan semasa berkaitan COVID-19 di negara ketika ini.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dalam pada itu pihaknya sentiasa bersiap siaga mengenai keadaan semasa berkaitan COVID-19 di negeri ini.

“Nasihat saya kepada rakyat Sarawak, sila berhati-hati kerana ada menunjukkan terdapatnya kes (COVID-19), jadi apa yang kita buat selepas ini adalah menunggu keputusan dari pihak KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Sarawak 2023 di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA), di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Dalam pada itu, Uggah berkata, Kerajaan Sarawak turut memohon 15 buah ambulans tambahan sebagai peruntukan aset kepada Sarawak bagi meningkatkan daya usaha dan peranan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak.

“Saya difahamkan tahun ini ada 15 buah (diterima), dahulu sudah diberi lapan buah dan sekarang tujuh buah ambulans pacuan empat roda (4WD) diberikan.

“Jadi, hari ini saya memohon 15 buah lagi untuk membantu kita, kerana kawasan kita cukup mencabar, sesetengah kawasan sangat terpencil dan memerlukan kenderaan 4WD dan sebagainya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan