Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi KDCA Sarawak, James Samid ketika ditemui TVS. Foto TVS

Warga KDMR di Sarawak disaran pelihara warisan budaya

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 16 Dis: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sarawak menyeru warga Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) di negeri ini untuk memainkan peranan dalam membangunkan dan menjaga warisan budaya.

Seruan itu dibuat oleh Pengerusi KDCA Sarawak, James Samid susulan generasi baru KDMR pada masa kini dilihat tidak mampu menuturkan bahasa nenek moyang mereka sendiri terutamanya yang menetap di kawasan bandar.

“Warisan budaya ini sangat bernilai kepada masyarakat KDMR memandangkan asal-usulnya tidak berada di mana-mana melainkan di negeri Sabah itu sendiri yang ditinggalkan secara turun menurun dari nenek moyang ke ibu bapa, anak cucu dan cicit kita,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, beliau berkata, KDCA Sarawak kini mempunyai ruang pejabat baharu untuk kegunaan aktiviti kebudayaan, mesyuarat, ceramah serta seminar kepimpinan.

“Dengan adanya ruang pejabat rasmi KDCA Sarawak ini, maka kita berpeluang mengadakan lebih banyak aktiviti yang bakal diadakan kelak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa KDCA Sarawak telah selesai bermesyuarat mengenai perayaan Pesta Kaamatan bagi tahun 2024 dengan aktiviti persediaan bagi perayaan berkenaan akan diumumkan sebaik sahaja persetujuan diperoleh daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan