Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan monumen The Inheritance yang menghimpunkan lebih 100 nama keluarga Cina pada satu tugu di Dataran Kipas Miri, hari ini. Foto Douglas Elliot (TVS)

Monumen himpun 133 nama keluarga Cina masuk Malaysia Book of Records

ByDouglas Elliot

MIRI, 16 Dis: Monumen The Inheritance menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya menghimpunkan lebih 133 nama keluarga Cina yang diukir pada sebuah tugu.

Kejayaan itu turut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa merasmikan monumen berkenaan di Dataran Kipas Miri, hari ini.

Monumen berbentuk layar dan daun itu disumbangkan oleh Persatuan Klan Koh Yang Xu Bahagian Miri bersempena Persidangan Klan Xu Antarabangsa ke-20 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Disember.

Menurut persatuan tersebut, tradisi Seratus Nama Keluarga merupakan warisan penting dalam budaya Cina kerana berkait rapat dengan harta warisan dan kemajuan sesebuah klan.

Reka bentuk The Inheritance turut melambangkan tradisi Cina yang mengejar kejayaan masa depan di samping memperingati ajaran dan budaya nenek moyang terdahulu.

Hadir sama menyaksikan perasmian monumen berkenaan ialah Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii Siew Sang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan