Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan. Foto fail Bernama

TPM Fadillah terajui kementerian baharu dan urusan hal-ehwal Sabah, Sarawak

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 Dis: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini, untuk menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media mengumumkan barisan Kabinet baharu itu di sini hari ini berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam adalah kementerian baharu pecahan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Anwar berkata Fadillah, yang merupakan timbalan perdana menteri pertama dari blok Borneo, dipertanggungjawabkan dalam urusan hal ehwal Sabah dan Sarawak.

“Kerana kita menjadikan urusan semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak sebagai urusan Jemaah Menteri secara langsung dan kebertanggungjawaban saya dan Fadillah, maka tidak diadakan menteri urusan Sabah dan Sarawak. Ini akan diuruskan sendiri oleh timbalan perdana menteri (Fadillah),” kata beliau.

Portfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal-Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas sebelum ini disandang Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan juga sebelum ini memangku jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lepas dan dalam rombakan Kabinet hari ini, dilantik sebagai menteri penuh portfolio berkenaan.

Fadillah sebelum ini memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi.

Dalam rombakan Kabinet hari ini, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diumumkan mengisi jawatan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan