Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba berusaha membuka pintu tandas ladang di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Ara Kuda di sini selepas mendapati seorang pekerja lelaki tidak sedarkan diri hari ini. Foto: JBPM

Pekerja ladang meninggal dunia dalam tandas berkunci

TASEK GELUGOR, 12 Dis: Seorang pekerja ladang di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Ara Kuda di sini ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah tandas berkunci sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, lelaki warga asing berusia 40-an itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di dalam tandas selepas pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor tiba kira-kira jam 8.30 pagi.

“Mangsa ditemui tidak sedarkan diri, terperangkap di dalam tandas ladang berkenaan.

“Bomba kemudian bertindak membuka pintu tandas dengan peralatan khas sebelum dia disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan