Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Aidel Lariwoo ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek menaik taraf jalan Kebun Kampung Beradek-Semilang, di Pulau Tanjung Embang di sini, hari ini. Foto: TVS

Jambatan Batang Rambungan: Kontraktor ditamatkan, projek ditender semula

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 12 Dis: Projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan yang menghubungkan Kuching-Lundu kini dalam proses tender semula setelah kontraktor sebelum ini ditamatkan kontrak.

Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Aidel Lariwoo berkata, kontraktor terdahulu didapati gagal menepati jadual yang telah ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek Jambatan Batang Rambungan ditender semula | TVS

Ketika ini katanya, ia merupakan satu-satunya jambatan di laluan jalan pesisir yang belum siap selain menjadi jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia.

“Jambatan Rambungan adalah sebahagian daripada jalan pesisir yang menghubungkan Sampadi, Lundu.

“Hingga kini, Jambatan Batang Rambungan merupakan satu-satunya bahagian yang masih belum disiapkan, sedangkan lapan jambatan kecil lainnya sudah lengkap.

“Oleh itu, kita memberikan penekanan yang serius kepada pembinaan Jambatan Rambungan, kerana jambatan tersebut merupakan satu-satunya yang menghubungkan (Kuching-Lundu).

”Jika kontraktor tidak mampu mematuhi jadual yang ditetapkan oleh JKR, kontrak tersebut akan dihentikan dan akan dikaji semula dalam proses tender,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek menaik taraf jalan Kebun Kampung Beradek-Semilang, di Pulau Tanjung Embang di sini, hari ini.

Terdahulu, dedah beliau projek ini bermula pada 17 Disember 2019, setelah diambil alih oleh Kerajaan Sarawak susulan pembatalan pelaksanaannya oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018.

Ia dijadualkan siap dalam tempoh 36 bulan atau pada 16 Disember 2022, namun disebabkan beberapa faktor, projek tersebut mengalami kelewatan.

Jambatan sepanjang 560 meter itu yang menelan kos berjumlah RM98.5 juta dibina oleh kontraktor tempatan dengan kerjasama syarikat dari China.

Ia menggantikan perkhidmatan feri sebagai kaedah menghubungkan Kuching-Lundu-Sematan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan