Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah merakam kenangan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak di Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di Kuching pada Selasa.

Anti Gangguan Seksual lindungi mangsa, kanak-kanak lelaki – Fatimah

KUCHING, 12 Dis: Sarawak bakal menubuhkan pertubuhan Anti Gangguan Seksual (A.S.H) bagi menangani isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak khususnya mangsa dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata inisiatif menubuhkan satu badan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran sekali gus bertindak sebagai sistem sokongan kepada mangsa dan keluarganya.

“NGO kali ini kita fokus dengan mangsa lelaki, kerana golongan ini juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa gangguan seksual.

“Sebelum ini tumpuan banyak diberikan kepada anak perempuan, jadi sekarang sudah tiba masanya kita beri perhatian kepada golongan lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak di Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di sini pada Selasa.

Menurut Fatimah penubuhan NGO itu penting dalam memainkan peranan membantu dan memberi kesedaran tentang gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Malah jelas Fatimah ia turut berperanan dalam menawarkan khidmat kaunseling dan sebagainya dengan penglibatan pelbagai pihak dan agensi berkaitan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Anti Gangguan Seksual, Profesor Dr Aida Shafreena Ahmad Puad berkata pihaknya akan membantu keluarga dan mangsa dalam proses mendapatkan keadilan.

“Kumpulan kami ini sebenarnya terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis, doktor perubatan, pakar psikiatri dan kesihatan awam serta kaunselor.

“Ini adalah untuk membantu keluarga dan mangsa dalam proses mendapatkan keadilan dengan melibatkan pelbagai agensi,” katanya.

Untuk permulaan, pertubuhan itu merancang untuk mengadakan beberapa siri bengkel bagi melatih anggotanya menerusi program Train The Trainers tahun depan.

Ia sebagai langkah awal dalam melengkapkan anggota dengan latihan bagi menguruskan kes berkaitan gangguan seksual di kawasan masing-masing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan