Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar yang diambil dari Rafah menunjukkan asap berkepul-kepul semasa serangan Israel ke atas Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 10 Disember 2023. Foto: AFP

Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah – Ketua Pengarah WHO

ByBernama

GENEVA, 11 Dis: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata “tanpa gencatan senjata, keamanan tidak akan wujud” ketika menyentuh mengenai situasi di Gaza.

Beliau membuat kenyataan itu semasa ucapan penutup pada sesi khas lembaga eksekutif WHO yang antara lain, satu resolusi diterima pakai, menegaskan bahawa “semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata mesti mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan orang awam dan kakitangan perubatan.”

Lembaga eksekutif sebulat suara menerima pakai resolusi yang membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza, menekankan keutamaan kesihatan sejagat dan peranan perkhidmatan kesihatan serta bantuan kemanusiaan ke arah perdamaian meskipun dalam situasi mencabar, lapor Agensi Anadolu.

Resolusi itu menyeru penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan “kadar segera, berterusan dan tanpa halangan,” termasuk akses untuk kakitangan perubatan.

Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin. – TVS

Tags: gaza, Tedros, WHO

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan