Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman bergambar bersama ahli Persatuan Bola Tampar Limbang. Foto: TVS

Sukan lahirkan masyarakat cergas, aktif

LIMBANG, 11 Dis: Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan dalam usaha menyokong budaya sukan dan aktiviti sukan di negeri dan negara ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pembangunan sukan penting dalam mewujudkan budaya bersukan selain menjadi medium penting bagi melahirkan masyarakat cergas dan aktif.

“Sukan memang satu perkara yang penting dan ia adalah menjadi kegemaran dan menjadi hobi, malah sekarang menjadi satu pekerjaan untuk pemain-pemain profesional semua jenis sukan.

“Semua jenis sukan dilaksanakan di Limbang dan cuma ada beberapa sukan yang kita tidak ada, antaranya skuasy, hoki serta ragbi,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Persatuan Bola Tampar Limbang di Sambal Delight Taman Sri Patiambun malam tadi.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, penganjuran aktiviti sukan ini penting agar masyarakat dapat mengamalkan gaya hidup sihat, sekali gus meningkat kesedaran terhadap kepentingan bersukan dalam kalangan individu.

“Memang penting kita melibatkan diri dalam sukan untuk kesihatan, kita dapat berjumpa dan kalau berbakat boleh jadi pekerjaan dan memang saya menyokong semua aktivit-aktiviti sukan seumpama ini,” ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai sukan bola tampar katanya, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan prasarana sukan termasuk berusaha membina gelanggang bola tampar selain menganjurkan kejohanan terbuka dan tertutup Limbang tahun depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan