Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk yang memeriahkan perarakan Krismas di Bintangor. Foto: TVS

Perarakan Krismas Bintangor serlah keharmonian kaum

BINTANGOR, 11 Dis: Lebih 1,000 orang penduduk menyertai perarakan sempena sambutan Krismas di sini, malam tadi.

Program anjuran Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS), itu disertai peserta daripada pelbagai mazhab Kristian.

Bertemakan ‘A Heartwarming Christmas’, perarakan berlangsung di sepanjang laluan utama dengan hadirin mendoakan agar sambutan Hari Krismas tahun ini memberi keriangan kepada mereka yang meraikannya selain keamanan dan kesejahteraan Sarawak, negara dan dunia amnya.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menzahirkan perasan gembira dengan kehadiran penduduk yang begitu ramai memeriahkan perarakan itu.

“Program secara keseluruhannya berjalan sempurna dan lancar. Malah kawalan trafik juga amat baik. Ini menunjukkan kerjasama yang padu jawatankuasa penganjur,” katanya kepada media ketika ditemui.

Sehubungan itu, beliau berharap sambutan Hari Natal tahun ini, diraikan dengan semangat harmoni dan perpaduan.

Menurutnya, toleransi antara masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Sarawak terus dikekalkan bagi mewujudkan komuniti yang harmoni.

“Masyarakat juga perlu memainkan peranan penting agar Sarawak dan juga Malaysia amnya terus membangun dan sejahtera.

“Kita dapat bergembira dan menikmati masa indah di Bintangor yang dirasai oleh semua lapisan masyarakat dan mengharapkan sambutan Hari Krismas ini memberi mesej keamanan kepada dunia,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan