Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan yang terjejas di laluan Projek Sabah Sarawak Link Road (SSLR) KM29 akibat tanah runtuh. Foto, Salasiah Safian (TVS).

Tanah runtuh: Jalan tutup di KM29 Sabah Sarawak Link Road (SSLR)

BySalasiah Safian

LAWAS, 9 Dis: Sebuah jalan di Kilometer 29 (KM29) Sabah Sarawak Link Road (SSLR) ditutup akibat tanah runtuh yang berlaku susulan cuaca hujan sejak malam tadi.

Menurut Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Sam Laya, kejadian tanah runtuh sering kali berlaku apabila hujan berterusan.

Katanya, tindakan segera akan diambil bagi membersihkan jalan kerana hanya jalan tersebut laluan utama digunakan oleh kira-kira 5,000 penduduk di kampung berdekatan (Long Sukang, Long Luping, Long Semadoh dan Ba’kelalan).

“Tiada alternatif lain, ini saja jalan yang ada.

“Saya akan menghubungi pihak yang di sini. Kerja-kerja pembersihan tidak lama dan cuaca pun kira okay. Ya, terpulang kepada keadaan cuaca,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan tersebut untuk berhati-hati terutamanya pada Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

“Dan harapan saya supaya dia punya baiki dapat berjalan dengan lancar dan setelah siap, tiada masalah bagi pengguna jalan ini. Hati hati, utamakan keselamatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan