Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad al-Mansour menyelar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kerana kegagalannya meluluskan draf resolusi untuk gencatan senjata kemanusiaan di Gaza pada Jumaat. Foto: AFP.

Gencatan senjata: Tindakan AS guna kuasa veto ‘bawa malapetaka’ – Duta Palestin

ByBernama

WASHINGTON, 9 Dis: Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad al-Mansour menyelar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kerana kegagalannya meluluskan draf resolusi untuk gencatan senjata kemanusiaan di Gaza pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu Agency (AA).

Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi yang ditaja bersama hampir 100 negara anggota PBB.

Ia menerima sokongan 13 ahli Majlis Keselamatan PBB. United Kingdom (UK) bagaimanapun memilih untuk berkecuali.

Mansour menyifatkan kegagalan itu “amat dikesali” dan “malapetaka.”

“Daripada membenarkan majlis itu untuk melaksanakan mandatnya secara nyata selepas dua bulan, kekejaman ini mesti dihentikan, penjenayah perang diberi lebih banyak masa untuk melaksanakan jenayah mereka.

“Bagaimana ini boleh dibenarkan? Bagaimana seorang wakil boleh membenarkan pembunuhan keseluruhan penduduk? katanya.

Mansour yang mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata berkata; “Setiap hari akan lebih banyak nyawa yang terkorban, jumlah penduduk yang terbunuh belum pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah moden.”

Resolusi draf itu menggesa semua pihak terlibat dalam konflik untuk mematuhi undang-undang antarabangsa, terutamanya perlindungan orang awam, menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan menyeru Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk melaporkan kepada Majlis Keselamatan mengenai pelaksanaan gencatan senjata.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mencadangkan draf itu berkata ia berusaha untuk menyelesaikan resolusi berkenaan dengan cepat disebabkan peningkatan jumlah kematian dalam konflik 63 hari itu.

Menurut angka rasmi dari pihak berkuasa Gaza lebih 17,000 penduduk telah terbunuh di Gaza sejak 7 Okt.

Wanita dan kanak-kanak membentuk kira-kira 70 peratus daripada jumlah mangsa yang terbunuh, dengan lebih 46,000 yang lain cedera. Kira-kira 1.8 juta rakyat Palestin pula hilang tempat tinggal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan