Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paulus (tiga kiri) ditemani Yunus (kanan) menyerahkan cenderamata kepada ketua jabatan terlibat. Foto, TVS.

Batu Danau perlu lebih banyak kemudahan, prasarana sukan

LIMBANG, 9 Dis: Kawasan Batu Danau memerlukan lebih banyak kemudahan dan prasarana sukan di sini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang.

Menurutnya kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, dewan dan balapan amat diperlukan untuk membolehkan masyarakat terutama golongan belia menjalankan pelbagai acara  sukan yang diadakan.

“Kawasan Batu Danau sebagai kawasan luar bandar memang serba serbi kekurangan infrastruktur asas termasuklah infrastruktur untuk sukan.

“Jadi pada masa ini, apa yang kita lakukan ialah untuk membina lebih banyak kemudahan sukan.

“Antaranya ialah kemudahan futsal dan lebih banyak dewan yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengadakan permainan tradisional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Kejohanan Olahraga Purnama Sport Carnival (PURSCAR) 2023 di Kompleks Sukan Limbang hari ini.

Dalam pada itu, Paulus berharap agar kerajaan dapat memperbanyakkan pembinaan kemudahan infrastruktur sukan di kawasannya dalam melahirkan lebih ramai belia dan atlet pada masa akan datang.

“Saya berharap pada masa yang akan datang kita akan dapat membina lebih banyak lagilah kemudahan sukan.

“Terutamanya, kemudahan-kemudahan seperti balapan dan sebagainya memang sukar, tapi diharapkan  di masa akan prasarana ini  dapat dibina.

“Kita akan terus berusahalah di dalam perkara ini untuk membina kemudahan sukan supaya para belia kita dapat mengadakan acara-acara sukan di kawasan masing-masing,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan