Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Sarawak 2023 di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA), di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Sarawak 2023 di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA), di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Peruntukan RM5 juta bina pejabat APM Sarawak baharu di Sibu – Armizan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 8 Dis: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk membina sebuah pejabat baharu Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak di Sibu sebagai projek rintis yang dilaksanakan di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pembinaan pejabat itu dijadual bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan mengambil masa selama tiga tahun untuk siap sepenuhnya.

“Kita tahu banyak pejabat APM khususnya di Sabah dan Sarawak masih lagi menggunakan kaedah sama ada ihsan, iaitu menumpang di pejabat atau premis Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Ada juga ihsan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada syarikat-syarikat tertentu. Oleh itu, kita (laksana projek) rintis supaya APM secara berperingkat mempunyai pejabat sendiri, milik sendiri yang ada di tanah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Sarawak 2023 di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA), di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sementara itu, kata Armizan, APM Sarawak turut menerima pertambahan aset sebanyak 75 buah kenderaan melalui peruntukan tahun 2023 dalam usaha memperkasakan peranan pihak berkenaan di negeri ini.

“Aset yang melibatkan peruntukan adalah sebanyak RM7.4 juta yang juga termasuk beberapa komponen sewaan.

“Selain itu, bagi tahun hadapan pula, kita telah memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta untuk aspek pengurusan di Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan