Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara barangan jualan murah di PC Image Starling Mall Petaling Jaya, Selangor Foto: PC Image

PC Image: Karnival Wow tawar barangan komputer serendah RM18

PETALING JAYA, 8 Dis: PC Image sekali mengadakan jualan ‘Karnival Wow’ yang bermula hari ini, 8 hingga 10 Disember ini di Starling Mall Petaling Jaya, Selangor.

Pengurus Pemasaran Cawangan Low Yatt, Ridzuan Hanafiah berkata pelbagai variasi model komputer riba, tablet, monitor dan aksesori yang ditawarkan mengikut keperluan pelanggan termasuk untuk kegunaan harian, bekerja dan permainan video.

“Kita ada pelbagai barangan yang kali ini lebih banyak seperti kita ada komputer gaming, keyboard dan kita ada pelbagai lagi barangan diskaun sehingga 80 peratus.

Antara barangan jualan murah di PC Image. Foto: PC Image

“Promosi hebat adalah seperti Santa deal RM18 dan 80 peratus flash deal diskaun. Antaranya kita ada Secret Santa, Wonder Deals, ‘hunt’ dan ‘be hunted’ serta paling best sekali pertunjukan cosplay,” katanya.

Selain menawarkan diskaun sehingga 80 peratus, ‘Karnival Wow’ ini juga turut menawarkan barangan elektronik dengan harga serendah RM18 melalui cabutan bertuah sepanjang karnival ini berlangsung.

Segmen Happy Hour untuk beberapa barangan jualan murah. Foto: PC Image

Antara barangan jualan murah di PC Image. Foto: PC Image

Sementara itu, pelanggan yang ditemui berkata promosi seperti ini menawarkan harga sangat murah seperti komputer riba di jual dengan harga RM1,200.

Turut senada, pengunjung, Mohd Hishammuddin menyifatkan karnival ini merupakan acara yang terbaik pernah dirinya kunjungi kerana banyak jualan barangan komputer yang murah sempena akhir tahun.

Manakala Zainal Amin pula berkata harga yang dijual sangat rendah termasuk tawaran 20 hingga 40 peratus.

“Dan saya datang untuk mencuba cabutan bertuah untuk pertama kalinya,” ujarnya.

“Karnival Wow’ ini kembali buat kali kedua selepas sambutan memberangsangkan pada tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PC Image, sila layari http://pcimage.com.my/tvs -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan