Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang berkunjung ke ruang pameran sempena Konvensyen Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2023 di Bangi, hari ini. Foto: Kementerian Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara syor pinda Akta Rukun Tetangga

BySalasiah Safian

BANGI, 5 Nov: Sejajar dengan cabaran serta keperluan semasa, Kementerian Perpaduan Negara kini mengambil langkah untuk membuat semakan dan pindaan terhadap Akta Rukun Tetangga 2012.

Menterinya, Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata sejajar dengan syor berkenaan, satu bengkel pindaan akta itu telah dilaksana dan pelbagai cadangan dibincang.

Berucap merasmikan Konvensyen Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2023 yang bertema ‘Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Masyarakat Progresif’ di sini, hari ini beliau berkata ia merangkumi pemanjangan tempoh pelantikan ahli jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) daripada dua tahun kepada tiga tahun bagi satu penggal.

Sekitar Konvensyen Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2023 yang bertema ‘Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Masyarakat Progresif’ di Bangi hari ini. Foto: Kementerian Perpaduan Negara

Menurutnya lagi, ia turut melibatkan cadangan penggantungan keahlian Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan implikasi kepada pihak yang menghalang tugas SRS.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata kementeriannya kini sedang memuktamad kerangka bagi memperkasakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai penggerak masyarakat progresif.

“Kementerian memberi fokus kepada lapan inisiatif bagi memastikan RT berfungsi sebagai entiti penting dan inklusif serta berupaya membangunkan masyarakat mampan dan progresif,” jelasnya.

Inisiatif berkenaan terdiri daripada keselamatan komuniti, pendidikan sepanjang hayat, ekonomi dan sara hidup, daya cipta, alam sekitar, kepimpinan, kesejahteraan hidup serta warisan dan budaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan