Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Makan Malam Ulang Tahun Ke-5 Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC). Foto: UKAS

Belanjawan Sarawak 2024: Abang Johari beri bayangan tambahan khas untuk aktiviti penyelidikan

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan akan menambah peruntukan khas berkaitan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelidikan dalam Belanjawan Sarawak 2024 kelak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sarawak bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah peruntukan khas tersebut ketika ini.

Sarawak tambah peruntukan dalam bidang penyelidikan | TVS

Beliau menyatakan peruntukan itu khusus untuk meningkatkan kredibiliti dan kualiti pusat penyelidikan Sarawak terutamanya menjurus kepada dakwaan kewujudan virus ‘X’.

“Kita ingin bersedia dengan sebarang kemungkinan, kerana itu saya telah memaklumkan kepada Datuk Michael Manyin Jawong dan Datuk Roland Sagah Wee Inn, kita mahu pusat penyelidikan (yang) canggih, meskipun terpaksa mendapatkan peralatan yang sangat mahal. Saya bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Makan Malam Ulang Tahun Ke-5 Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC), di sini pada Selasa.

Abang Johari dalam pada itu mendedahkan peruntukan itu juga merangkumi penyelidikan dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai sektor khususnya perubatan.

Beliau mahu pusat penyelidikan di negeri ini dilengkapi robot pintar seperti robot humanoid, Grace dari Hong Kong yang akan membantu pakar perubatan.

“Kita mungkin akan bekerjasama dengan CENTEXS dan Huawei untuk kita (mencipta) mempunyai robot dengan pengesan (maklumat) di Sarawak untuk digunakan bagi penjagaan kesihatan.

“AI ini sudah di program iaitu telah ditetapkan untuk melaksanakan beberapa tugas rumit dalam dunia penyelidikan, dan mungkin kita juga boleh menghasilkan robot,” jelas beliau.

Turut hadir Timbalan Premier, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn serta Timbalannya, Datuk Francis Harden Hollis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan