KUCHING, 10 Okt: Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor telah berjasa dan banyak menabur bakti kepada kerajaaan negeri, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menteri Kerja Raya itu menyifatkan khabar duka akan pemergian Allahyarham malam ini merupakan suatu kehilangan besar buat Sarawak.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Bin Mohd Nor yang telah meninggal dunia malam ini.
“Banyak yang telah beliau curahkan kepada Kerajaan Sarawak dan jasa baik akan sentiasa dikenang.
“Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.
Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak itu meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah, Kuching, malam ini.
Jenazah telah diuruskan di Raudahtul Sakinah Semariang pada jam 10 malam ini seterusnya dibawa ke kediaman Allahyarham T di 145 Jalan Abong Taip (off Jalan Muhibbah).