Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peranti letupan buatan sendiri meletup di hadapan sebuah rumah di koridor sebuah flat di Taman Perdana, Butterworth pada Ahad. Foto: TVS.

Jiran batuk punca pekerja kilang letupkan bom buatan sendiri

BUTTERWORTH, 10 Okt: Seorang lelaki yang meletupkan peranti letupan buatan sendiri (IED) di koridor sebuah flat di Taman Pandan di sini, pada Ahad lalu dikatakan bertindak sedemikian berpunca perasaan marah terhadap jirannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, berdasarkan soal siasat awal, suspek mendakwa terdengar jirannya iaitu lelaki warga emas terbatuk setiap kali dia melalui koridor di tingkat empat itu untuk pulang ke rumahnya.

Pekerja kilang belajar buat bom, beli bahan dalam talian

“Suspek mendakwa jirannya seolah sengaja berbuat demikian kerana setiap kali dia lalu, lelaki itu akan batuk.

“Perasaan tidak puas hati dikatakan punca dia meletupkan bom buatan sendiri itu berdekatan mesin basuh rosak di hadapan rumah jirannya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Mohd Asri, pasukan polis dari Bukit Aman sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti bagaimana suspek berkemahiran dalam menghasilkan IED.

Terdahulu, TVS pada 9 Oktober melaporkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun dan wanita warga asing berusia 38 tahun yang tinggal serumah selepas berlaku letupan IED di koridor sebuah flat di Taman Pandan di sini kira-kira pukul 12.56 tengah hari pada Ahad.

Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki mendakwa menghasilkan bahan letupan itu dengan mempelajari di laman web dan membeli bahan pembuatannya secara dalam talian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan