Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kasma Booty Anis ketika ditemui TVS malam tadi. Foto: TVS

Buka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan

SERIAN, 9 Sept: Peniaga tempatan yang berniaga makanan sempena pertandingan Talent Night Ratu Bilanting dan Festival Cabaran Berakit Serian 2023 edisi ke-11 menyatakan rasa gembira apabila penganjur festival, Majlis Daerah Serian menetapkan syarat hanya peniaga tempatan dari Kampung Tebakang sahaja yang diberi kebenaran berniaga ditapak yang disediakan pengajur.

Salah seorang darinya, pemilik perniagaan Tuty’s Bakery, Kasma Booty Anis, 46, dari Kampung Tebakang Melayu mengakui berniaga setiap tahun pada festival sejak lebih lima tahun lalu.

Katanya, lagi tindakan Majlis Daerah itu tepat dalam menjaga kebajikan peniaga di Kampung Tebakang sekali gus membantu meningkatkan perniagaan mereka ketika festival tersebut berlangsung

“Bila diberi peluang kepada penduduk kampung, kebanyakan mereka merebut peluang yang ada. Tiap-tiap tahun bila acara itu dijalankan, saya akan merebut peluang dan saya akan menjadi orang pertama yang ingin mengetahui bila tarikh festival ini akan diadakan,” katanya ketika ditemui TVS.

Awang Rozaimi, Awang Zaidi, 36, menjelaskan dia sebelum ini mendapat maklumat dari rakan-rakan bahawa berniaga ketika festival itu berlangsung menguntungkan.

Terdahulu dalam sidang media pada 5 September, Ahli Parlimen Serian, Dato’ Sri Dr. Richard Riot Jaem menjelaskan bahawa hanya perniaga tempatan dari Kampung Tebakang sahaja dibenarkan berniaga ketika festival tersebut langsung selama dua hari.

Katanya lagi, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan beberapa pegawai dari Majlis Daerah Serian dan ia dibuat bagi membantu meningkatkan sumber pendapatan peniaga tempatan ketika festival berlangsung-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan