Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Ambrose Blikau Enturan. Foto: Buletin Kapit Sarawak

Bekas ADUN Katibas, Ambrose Blikau meninggal dunia

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 9 Sept: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Dato Sri Ambrose Blikau Enturan, 70, yang menceburkan diri dalam politik Sarawak lebih 40 tahun  meninggal dunia hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini, upacara sembahyang akan diadakan pada jam 8 malam ini dan penghormatan terakhir untuk mendiang  akan diadakan esok (10 September) pada masa yang sama.

Pengebumian akan disempurnakan pada Isnin (11 September). Butiran lanjut akan dikongsi setelah disahkan, upacara sembahyang akan berlangsung di alamat Lot 608, Jalan Kedandi, Lorong 8, Tabuan Dusun, di sini.

Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar bagi Sarawak memandangkan beliau antara figura yang besar dalam dunia politik.

Pertama kali memegang jawatan wakil rakyat seawal usia 26 tahun pada 1987, mendiang banyak melakukan perubahan seperti pembangunan jalan raya dari Song/Ngungun, Song/Kapit, Banjor/Makut dan Makut/Engkuah.

Antara sumbangan besar mendiang bagi penduduk di Katibas ialah memberikan kemudahan kepada penduduk Katibas seperti balai bomba, klinik kesihatan, sekolah dan Bank Simpanan Nasional dan melaksanakan Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) ke kawasan pendalaman dan Skim Pembekalan Elektrik Luar Bandar (RES) untuk kawasan yang memiliki grid elektrik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan