Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buah kapal yang sarat dengan muatan diesel ditahan PPM Wilayah 5 Sibu di jeti persendirian di Sungai Batang Igan, Sibu. Foto: PPM W5 Sibu

PPM W5 gagalkan cubaan seludup 25,750 liter diesel subsidi di Sibu

SIBU, 8 Ogos: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) Sibu berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel bersubsidi melibatkan nilai rampasan keseluruhan lebih RM259,000 di sebuah jeti persendirian di Sungai Batang Igan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, rampasan dilakukan selepas sepasukan Unit Risikan Marin PPM W5 Sibu menjalankan tugas rondaan Operasi (Op) Taring Pensura menggunakan sebuah Botronda di lokasi pada jam 10.50 pagi.

“Hasil pemeriksaan itu mendapati dua buah kapal bersama muatan minyak diesel disyaki disimpan dalam kapal berkenaan tanpa lesen dan permit yang sah dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, pihak polis juga menahan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an ketika sedang menjalankan kerja pemindahan minyak diesel dari dua kapal berkenaan.

“Lelaki berkenaan juga gagal mengemukakan dokumen berkaitan diesel itu dan pemeriksaan lanjut pihak kami telah menjumpai lebih kurang 25,754 liter minyak diesel ditemui dalam tangki kapal berkenaan.

“Turut dirampas ialah dua buah pam minyak serta satu unit nozel hos di mana nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 259,060,” katanya lagi.

Zulkipli berkata, tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pihak KPDN Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan