Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Fadillah Yusof, semasa menerima cenderamata daripada Pengerusi Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA), Kiu Kwong Seng semasa Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Teknologi Pengilangan Minyak Sawit (POMTEC) di Hotel Imperial, hari ini. Foto: TVS

Ekonomi industri minyak sawit meningkat, peroleh RM10 bilion suku pertama 2023 – TPM Fadillah

MIRI, 8 Ogos: Industri minyak sawit meningkat kepada RM10 bilion pada suku pertama tahun 2023 berbanding RM9.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Fadillah Yusof.

Menurut beliau angka itu menyaksikan sektor minyak sawit tahun ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus dalam ekonomi Malaysia.

“Minyak sawit telah menjadi tonggak penting sektor pertanian di Malaysia yang menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang secara besar-besaran kepada KDNK Malaysia,” katanya pada Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Teknologi Pengilangan Minyak Sawit (POMTEC) di Hotel Imperial di sini, hari ini.

Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, Fadillah mahu industri minyak sawit Malaysia berperanan penting dalam memulihkan ekonomi pasca pandemik untuk negara.

“Industri ini telah menjadi tonggak penting dalam sektor pertanian Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kita perlu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh industri minyak sawit dalam memulihkan ekonomi pasca pandemik terutamanya sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menggalakkan pemain industri untuk memainkan peranan mereka dalam melibatkan diri dan terus mempromosikan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) untuk diiktiraf di peringkat global demi penambahbaikan industri minyak sawit dalam menekankan perlindungan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan daya maju ekonomi.

“Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) telah diwajibkan sejak 1 Januari 2020 dan dengan versi MSPO 2.0 yang disemak semula, ia merupakan alat penting untuk diiktiraf oleh semua pemain industri minyak sawit dalam memajukan ke arah pengeluaran minyak sawit yang mampan.

“Dengan mengamalkan amalan mampan sedemikian, ia akan memastikan daya saing dan penerimaan minyak sawit pada masa hadapan di pasaran global,” ujarnya lagi.

POMTEC 2023 dianjurkan untuk menyerlahkan teknologi terkini yang menggalakkan kemampanan, seperti proses mesra alam, pengurangan sisa dan kecekapan tenaga dalam operasi pengilangan minyak sawit bagi membantu menjaga alam sekitar serta meningkatkan kecekapan dan keuntungan operasi.

Melalui program ini, Fadillah menggesa pihak yang terlibat untuk mengaplikasi kaedah sebegini di samping untuk terus bereksperimen dengan kaedah dan strategi inovatif untuk menambah nilai kepada rantaian pengeluaran minyak sawit. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan