Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof melawat gerai pameran POMTEC 2023 di Hotel Imperial hari ini. Foto: TVS.

Biojisim tambah nilai sektor agrikomoditi – Fadillah

MIRI, 8 Ogos: Biojisim merupakan bahagian penting dalam menambah nilai kepada sektor agrikomoditi negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata biojisim merupakan ekonomi pekeliling dalam pelbagai bentuk seperti kelapa sawit, pokok getah dan biojisim kayu.

Menurutnya bahan mentah yang diperbuat daripada produk kayu ini akan memberi nilai tambahan bagi sektor agrikomoditi selain mengurangkan sisa, penebangan hutan dan pelepasan karbon.

“Biojisim telah diiktiraf sebagai bahagian penting dalam ekonomi pekeliling dengan beberapa usaha sedang dijalankan untuk memanfaatkan kelapa sawit, pokok getah dan biojisim kayu dalam pelbagai bentuk.

“Penukaran batang kelapa sawit kepada bahan mentah untuk produk kayu adalah contoh kerjasama merentas komoditi untuk mencipta nilai tambahan bagi sektor agrikomoditi.

“Selain itu, ia juga dapat meminimumkan sisa, mengurangkan penebangan hutan dan mengurangkan pelepasan karbon,” katanya semasa Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Teknologi Pengilangan Minyak Sawit (POMTEC) di Hotel Imperial pada Selasa.

Fadillah memberitahu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang menyelaras pembangunan Pelan Tindakan Biojisim Kebangsaan 2022-2025 yang meliputi penggunaan dan pemprosesan biojisim kepada produk dengan nilai komersial daripada pelbagai sektor.

“Pada masa ini, KPK turut menyelaras pembangunan Pelan Tindakan Biojisim Kebangsaan 2022-2025 yang meliputi biojisim daripada perladangan, perhutanan, pertanian, penternakan dan perikanan.

“Penggunaan dan pemprosesan biojisim pertanian secara sistematik kepada produk dengan nilai komersial akan menjana pendapatan baharu dan mengubah ekonomi linear semasa dalam industri kepada ekonomi bulat yang membantu mengurangkan kedua-dua penebangan hutan dan pelepasan karbon,” ujarnya.

Produk biojisim seperti sisa akhir efluen kelapa sawit (POME), tandan buah kosong, kek ‘decanter’ dan gentian kelapa sawit yang ditekan boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan produk nilai tambah baharu atau sumber tenaga alternatif untuk menjana kemudahan pengeluaran dengan mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula bahan-bahan yang biasanya kurang digunakan dalam ekonomi linear semasa.

Melalui Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030), pelan tindakan biojisim telah diperkenalkan khusus untuk sektor agrikomoditi dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) juga telah menggariskan ‘Merealisasikan Potensi Industri Biojisim’ sebagai strategi untuk memacu pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam negara. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan