Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Bunkface ketika ditemui TVS di Kota Kinabalu, hari ini. Foto: TVS.

Konsert Bunkface Borneo gegar Sabah, saji 20 buah lagu

KOTA KINABALU, 18 Julai: Kumpulan Bunkface akan menghiburkan peminat mereka dengan lebih 20 buah lagu yang berlangsung pada 19 Julai ini di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah.

Sam atau Shamsul Annuar Baharom, 36, selaku vokalis Bunkface berkata, sajian lebih 20 buah lagu itu sebagai tanda penghargaan mereka setelah hasrat untuk mengadakan konsert di negeri bawah bayu tersebut tercapai.

“Insya-Allah 20 atau lebih seperti mana yang kita rancang tapi bergantung kepada jumlah penonton, sekiranya meriah maka kami akan persembahkan lebih banyak lagu untuk peminat, dan kami juga tidak sabar untuk bertemu dengan mereka memandangkan ini merupakan konsert pertama berskala besar di sabah,” katanya ketika ditemui TVS di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, pemain gitar bass Bunkface iatu Youk atau Mohd Farouk jaafar, 34 berkata, dia juga berharap kumpulannya dapat menghiburkan peminat di borneo yang telah sekian lama menunggu kehadiran mereka.

“Apa yang kami harapkan dari rakyat Sabah ialah kegilaan menghiburkan diri dan paling penting enjoy the konsert,” katanya.

Kumpulan Bunkface yang mula menghiburkan peminat mereka sejak 2005 turut menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan dengan bunyi rock mengegarkan KDCA pada 19 Julai ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan