Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama ahli-ahli panel Program ‘Let’s Talk Content, Breaking News Breaking Minds’ anjuran Content Forum di Kuching, semalam. Foto: TVS

Program kesedaran kesihatan mental didik netizen lebih bertanggungjawab di media sosial – Abdullah

BySaibi Gi

KUCHING, 7 Julai: Program kesedaran tentang kesihatan mental wajar diperbanyakkan supaya masyarakat lebih bertanggungjawab di media sosial, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Menurutnya, mental dan emosi seseorang mungkin terkesan apabila mereka menjadi subjek sesebuah laporan media atau gosip di media sosial jika cerita tersebut kurang tepat dan mengaibkan.

Perasaan bertanggungjawab netizen secara langsung akan memelihara keharmonian serta maruah anggota masyarakat, jelasnya.

“Isu kemurungan atau kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kita disebabkan pelbagai tekanan kehidupan tidak harus dipandang ringan.

“Kita semestinya ada tanggungjawab moral agar sama-sama mengambil berat, peka atau sikap peduli ke arah membangun sebuah masyarakat yang berkeperibadian tinggi, jati diri yang cekal dan mentaliti yang kompetitif serta kreatif dalam menghadapi proses kemodenan negeri yang semakin pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program ‘Let’s Talk Content, Breaking News Breaking Minds’ anjuran Content Forum dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan penghargaan dan tahniah kepada penganjur kerana memilih topik perbincangan yang sangat relevan dan jarang dibicarakan. Forum itu menampilkan pakar psikiatri Dr Ravivarma Rao dari Hospital Miri, pengasas AWareness Against Suicide (AWAS) Alia Ali, wartawan Nikkei Asia Norman Goh dan personaliti radio Chopie Cakap.

Pengalaman penceramah seperti Alia tentang kesan laporan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kemurungan dan kematian seorang ahli keluarga beliau adalah satu perkongsian yang sangat dihargai sebagai peringatan bernilai kepada semua.

Jelasnya, perbincangan ahli panel juga berjaya mencungkil dan menyelami satu aspek negatif dalam dunia media sosial yang mampu memberi kesan terhadap tahap kesihatan mental dan jiwa masyarakat terutama generasi muda seperti buli siber, buruk-sangka, nilai adap sopan dan fitnah.

“Saya menyarankan supaya forum seperti ini dianjur semula dengan melibatkan kehadiran bukan sahaja warga media tetapi juga masyarakat awam terutama generasi muda,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan