KUCHING, 7 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan perpisahan sempena persaraan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Datu Hashim Bojet di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
Hashim akan bersara pada penghujung Julai ini.
Beliau mempunyai pengalaman bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Ekonomi di PUSAKA bermula 31 Mac 2003 sehingga 1 November 2016 seterusnya sebagai Pengurus Besar PUSAKA pada 6 Oktober 2018.
Beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif (Projek) selama 15 tahun di PUSAKA Kuching sekitar 1987 hingga 2002.
Pada awal kariernya, beliau merupakan guru sandaran di SRK Landeh Kuching, SRB St. Andrew, Kuching dan SMK DPHA Gapur, Stampin Kuching sekitar 1981 hingga 1986. – TVS



