Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau (tengah), bersama Timbalan Residen Bahagian Miri, Juan Ubit (kiri), Pemangku Pegawai Daerah Telang Usan, Ping Anyi Ngau (kanan) bergambar simbolik penyerahan bendera kepada Pemangku Pegawai Daerah Telang Usan di Pekan Long Lama hari ini. Foto: Yazid Ibrahim (TVS)

Durian Long Lama, raja buah terbaik di dunia – Dennis Ngau

ByYazid Ibrahim

TELANG USAN, 6 Jun: Buah durian di Long Lama dikategori antara raja buah terbaik di dunia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Menurutnya buah durian di sini sememangnya sangat popular di daerah Telang Usan kerana ia kebanyakkannya gugur daripada pokok yang sudah berusia berbanding dengan durian di kawasan yang lain.

“Jika bagi yang pertama kali pergi ke Long Lama, di sini sangat popular dengan durian Long Lama.

“Durian Long Lama saya boleh katakan terbaik di dunia, boleh mengalahkan Musang King kerana ia hasil daripada pokok durian yang tua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Simbolik Penyerahan Bendera kepada Pemangku Pegawai Daerah Telang Usan Ping Anyi Ngau, di sini, pada Selasa.

Selain itu, Dennis mendedahkan sarang burung juga antara yang popular di daerah itu selain ia membuka peluang penduduk di sini meraih pendapatan yang lumayan.

Dalam pada itu, beliau yang mengakui keindahan flora dan fauna di Long Lama turut menyeru orang ramai untuk berkunjung ke Long Lama untuk merasai sendiri keunikan yang ada di daerah berkenaan.

Terdahulu, acara pelepasan Konvoi Kembara Daerah Miri hari ini dilancarkan sekitar jam 9.30 pagi oleh Residen Bahagian Miri, Jamalie Busri.

Konvoi Kembara Bahagian Miri juga akan menjelajah ke semua daerah di Bahagian Miri termasuk beberapa lokasi di Daerah Miri hari ini iaitu Long Lama Telang Usan, Rumah Panjang Loagan Bunut dan akhir sekali Pejabat Daerah Beluru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan