Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat pelbagai etnik bangga memperagakan pakaian tradisi masing - masing sempena Sambutan Minggu Perpaduan Negara di Kuching. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Perpaduan bukan sekadar atas kertas dan bait lagu sahaja – Aaron

ByDayu Adruce

KUCHING, 21 Mei: Perpaduan seharusnya menjadi cara hidup dan bukannya hanya sekadar indah di atas kertas dan bait lagu sahaja, kata Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan Negara berkata, perpaduan merupakan nyalaan yang menguatkan seluruh rakyat Malaysia.

“Usaha ini memperlihatkan bagaimana Institusi Diraja, pemimpin serta rakyat perlu senada menanam pohon-pohon perpaduan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2023 di Waterfront Kuching di sini hari ini.

Perasmian diserikan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, Aarron Ago berkata, usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini diambil bagi memastikan anak bangsa dapat mewarisi sebuah negara yang aman, makmur dan damai sejahtera.

“Sesungguhnya, setiap apa yang kita laksanakan pada hari ini merupakan pelaburan yang sangat besar bagi generasi mendatang,” katanya.

Senada dengan visi Kerajaan Perpaduan, Aaron berkata kementeriannya telah mengambil inisiatif menghasilkan Kerangka Membangunkan Malaysia Madani berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang juga tema sambutan hari ini.

“Terdapat tiga kluster program di bawah kerangka itu iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.

“Sambutan Minggu Perpaduan adalah signature program kementerian yang akan disambut di seluruh negara pada setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Aaron memberitahu, Sambutan Minggu Perpaduan hari ini  juga bakal mencipta dua rekod dalam Malaysia Book of Records untuk dua kategori.

“Ia melibatkan peserta paling ramai memakai pakaian etnik dalam satu program dan penyertaan kumpulan etnik paling banyak dalam pameran kebudayaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan