Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar belakang sebuah trak pikap di Kilometer 8.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah arah Seberang Perai dekat sini malam tadi. Foto: TVS

Remaja maut hasrat pergi beli baju raya tidak kesampaian

BATU KAWAN, 4 April: Hasrat seorang remaja untuk membeli baju raya tidak kesampaian Jermana terkorban selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang sebuah lori pikap yang berhenti di lorong kecemasan di kilometer 8.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah arah Seberang Perai pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Mohamad Donny Aliff Rasdi, 18, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar belakang sebuah trak pikap di Kilometer 8.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah arah Seberang Perai dekat sini malam tadi. Foto: TVS

Difahamkan, mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke bazar larut malam di Uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini untuk membeli baju raya bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal berasingan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern,mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh belakang trak pikap tersebut yang berhenti kerana kerosakan enjin.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta tiga penumpang trak pikap termasuk kanak-kanak empat tahun tidak cedera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Chong Chern, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap dekat sini untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan